Band Symphony Deathcore asal Kuala Lumpur, Ruh Arasy Rilis Single ‘Murka’

Malaysia – Band Symphony Deathcore asal Kuala Lumpur Malaysia, Ruh Arasy yang diperkuat oleh Emier Faizal (Vokal), Amirul Khairul (Gitar), Faez Zainal (Bass), dan Firdaus Zainal (Drum) baru saja merilis single baru mereka berjudul ‘Murka’.

Lagu Murka merupakan hasil penulisan anggota baru Ruh Arasy Iaitu Emeir Faizal sebagai vokalis yang menceritakan pengalaman semasa amarah dan berang terhadap seseorang yang hanya memakan diri sendiri dan atas perbuatannya itu segalanya akan musnah. “Lagu ini lebih merujuk kepada ekspresi perasaan marah menguasai diri dan bangkit rasa ketidakpuasan hati, hasat dengki dan cela,” kata Emeir, Vokalis Ruh Arasy, Minggu (09/03/2025).

Emeir menuturkan ini dikiaskan pada verse awal; “Yang melakukan kesilapan terhadap semua perkara. Semua yang keji, cela dan mungkar. Demi darjat dan selesa hidup mu!”

“Mulanya perasaan marah itu dengan beranggapan semua perkara yang berlaku hanyalah untuk demi keselesaan diri masing-masing tanpa pertimbangkan perihal dan perasaan lain. Sini jugalah berlaku ketidakstabilan emosi apabila timbul rasa geram, berang bercampur sedih dan sakit hati. Sikit demi sedikit dari emosi marah terus menjadi luahan kata-kata yang apa yang dirasa,” ujar dia.

Emeir juga menyampaikan, dalam verse yang kedua, luahan ini menggambarkan isi hati seorang yang rasa dipergunakan dan diperdaya yang tak termampu di simpan.

‪”Senangnya kau buat semua hati suka dan lalai‬. Jelasnya hati ini dimainkan lemah longlai. Hidup dikawal bagai sendi keji dalam tangkal. Akhirnya hidup tak berguna.”

“Dan akhirnya, merasakan diri seperti diperbodoh dan hina dengan apa yang diberikan. Di penghujung verse, luahan teriak Emeir, “Angkara engkau sial!” seperti merembeskan semua perasaan dan emosi yang dirasa di campak dan menghempuk kepada yang dimarah. Di susuli dengan rasa penat dan sedih apabila rasa diri dikhianati, di akhiri dengan bersendirian, pendam di hati,” katanya.

“Dipijak, dicaci, dikhianati, dimusuhi‬. Ku nanti, ku akhiri, ku sendiri. Menunggu mu.”

“Secara keseluruhan agak kasar dan ternyata menyimpan perasaan pendam ini hanya memakan diri sendiri. Tidak memberi kesan yang elok malah lebih memudaratkan diri. Jesteru, di pengakhiran lirik ini seolah ditujukan kepada yang dimarah tapi memberat kepada nasihat pada diri sendiri supaya sedar, kekal tenang dan jaga hati. Kau akan musnah jika tidak berhenti, kau akan mati jika tidak memulakan perkara luar batasan dan kau akan hina jika kau tidak menjaga hati,” jelasnya lagi.

“Kau akan musnah. Kau akan mati
Kau akan hina. Kau akan henti. Kau jangan mula. Kau jaga hati”

“Akhir kata, semua luahan kata dalam pembikinan lirik lagu ini hanyalah luahan ekspresi yang terpendam dalam diri yang tak mampu diperkatakan mahupun di kongsi pada mana mana pihak. Diharap kepada pendengar dapat juga dapat berhibur dan mengekspres perasaan amarah atau dengki apabila mendengar luahan lagu ini,” ujar Emeir.

Lamanya proses penggarapan lagu Murka tersebut, dari segi penulisan sehingga ke rakaman, lagu Murka mengambil masa selama 7 bulan untuk siap.

“Adapun tempat rekording dan mixing lagu tersebut, untuk Vocal, Guitar dan Bass telah direkod di rumah Amirul Khairul Iaitu Gitaris kepada Ruh Arasy sendiri manakala drum telah direkod di Studio Kumiro,” kata Emeir.

Lagu Murka milik Ruh Arasy boleh didengar di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, Youtube Music, Deezer, Amazon Music dan lainnya.

Bagikan Berita